Mengapa DAP menyokong pengganas?

MAHKAMAH Tinggi semalam telah menolak permohonan jaminan membabitkan Adun Gadek (DAP), G Saminathan yang ditahan kerana dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Adun DAP tersebut berdepan dua pertuduhan iaitu memiliki item berunsur pengganas dalam telefon bimbit pada 10 Oktober 2019 dan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis pada 28 November 2018.

Dua pemimpin besar DAP iaitu Lim Kit Siang dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy turut hadir memberikan sokongan dalam isu ini. Timbul persoalan di sini, adakah DAP memberikan sokongan terhadap entiti yang diklasifikasikan sebagai pengganas oleh KDN?

Mengapa DAP memberikan sokongan kepada individu yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas? Ingatkah tuan-puan media pada 9 Mac 2019 pernah melaporkan bahawa Adun DAP menyifatkan Gerakan Islam sebagai Taliban.

YB Nga Kor Ming dalam laporan media pernah menyifatkan kerjasama kesatuan umat Islam sebagai tindakan menuju ke arah kerajaan Taliban. Kenyataan beliau dalam Twitter berhubung isu ini dilihat mengguris hati apabila turut menyifatkan dasar penutupan wayang di Kelantan yang dimulakan oleh TG Nik Abdul Aziz sebagai langkah mundur malah menyifatkan sebagai Taliban.

Sebelum ini Adun DAP pernah menimbulkan kegusaran di antara kaum malah The Malaysian Insight pernah melaporkan bahawa: “Mufti Perlis menyalahkan DAP atas kenyataan yang didakwa menimbulkan kebencian antatra kaum dan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal menjaga kesucian agama Islam.”

Lihat: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/151739

Advertisement

Kenyataan oleh Mufti Perlis ini ada asasnya. Beberapa kenyataan dan pendirian pemimpin DAP dilihat menjadi sebab kepada kebimbangan orang Islam terhadap kedudukan Islam di Malaysia. Antaranya:

(a) Ketika Rasulullah dihina dan penghina tersebut menerima hukuman, Lim Kit Siang tampil mempersoalkan hukuman terhadap lelaki yang menghina Rasulullah tersebut. Kata Kit Siang, hukuman tersebut keterlaluan. Isu penghinaan terhadap Rasulullah adalah perkara yang sangat sensitif buat umat Islam.
Lihat: https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/10/tidak-patut-penjara-10-tahun-hina-nabi-kata-kit-siang/1731090

(b) YB Nga Kor Ming pula menyifatkan kerjasama kesatuan umat Islam sebagai tindakan menuju ke arah kerajaan Taliban. Kenyataan beliau dalam Twitter berhubung isu ini dilihat mengguris hati apabila turut menyifatkan dasar penutupan wayang di Kelantan yang dimulakan oleh TG Nik Abdul Aziz sebagai langkah mundur malah menyifatkan sebagai Taliban.
Lihat: https://www.malaysia-today.net/2019/03/09/pas-bekerjasama-dengan-umno-adalah-taliban-kata-nga-kor-ming/

(c) YB Batu Kawan dalam satu coretan di dalam Facebook memerli Kelantan dengan menyatakan seolah hiburan bagi orang Kelantan adalah kanak-kanak wanita. Ini seakan memerli isu perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Kelantan. Malah YB yang sama dalam satu ucapan di Parlimen seakan mempertahankan hak menukar agama yang dilihat oleh Muslim seakan hak kebebasan untuk murtad. Isu murtad adalah isu sensitif buat umat Islam.
Lihat: https://www.ismaweb.net/2018/10/19/ahli-parlimen-batu-kawan-nafi-sokong-orang-islam-murtad/
Lihat: http://www.utusan.com.my/berita/politik/apa-motif-kasthuri-patto-1.798559

(d) Tindakan YB Hannah Yeoh yang memberikan sumbangan kepada Sisters In Islam dilihat menjadi isu sensitifi dikalangan Muslim. Ini kerana, Sisters In Islam telah diwartakan sesat dan menyeleweng oleh Majlis Agama Islam Selangor. Tindakan Hannah itu dilihat seakan memberikan sokong terhadap kumpulan yang telah diisytiharkan sebagai mengamalkan pemikiran liberal yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIS.
Lihat: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/10/hannah-yeoh-pertahan-sumbangan-kepada-sisters-in-islam/

DAP kini dilihat bukan sahaja mempunyai hubungan dengan entiti pengganas malah dikatakan menimbulkan perpecahan kaum. Sudah tiba masanya DAP diharamkan bagi menjaga ketenteraman dan keharmonian Malaysia.

DR. AHMAD SANUSI AZMI – HARAKAHDAILY 30/1/2020