Taring DAP mula terserlah

Taring DAP mula terserlah

MINGGU lepas saya sempat makan tengahari dengan seorang rakan dari DAP. Saya mengenali beliau lama sejak PAS punya hubungan dengan DAP dahulu melalui Pakatan Rakyat.

Kini walaupun kedua part kami tiada lagi hubungan namun ikatan persahabatan antara kami berdua kekal. Kami berbual panjang berkenaan perkembangan politik semasa.

Beliau sempat menjelaskan beberapa perkara yang DAP tidak berpuas hati dalam kerajaan walaupun mereka kini sebahagian kerajaan.

Advertisement

Antaranya termasuklah isu pengiktirafan sijil UEC dan penahanan pimpinan mereka yang dituduh bersekongkol dengan pengganas LTTE.

Bagi beliau isu-isu ini menggugat dalaman DAP kerana para ahli merungut takkan pimpinan mereka tidak bertaring dalam kerajaan.

Baru sekejap tadi Peguam Negara mengumumkan menggugur kesemua 34 tuduhan terhadap 12 yang tertuduh termasuk 2 ADUN DAP. Kes yang sedang dibicarakan separuh jalan akan tamat begitu sahaja. Sudah timbul barangkali taring DAP yang selama ini tersorok.

Sebelum ini kes rasuah banglo terhadap Lim Guan Eng juga tamat separuh jalan dan kini yang ini. Bersedialah PH khususnya DAP menambah galasan memikul kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/2/2020