Covid-19: Penjawat awam K’tan dapat insentif RM500

TUMPAT 01 MAC 2019. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika mengulas mengenai beberapa pemimpin tertinggi PAS yang dipanggil Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes wang RM90 juta daripada UMNO ketika ditemui di kediamannya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu. NSTP/SYAMSI SUHAIMI

KOTA BHARU: Petugas barisan hadapan Covid-19 membabitkan agensi di bawah kerajaan Kelantan akan diberi insentif sebanyak RM300.

Petugas terbabit termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), penggawa, penghulu dan buruh di Pejabat Tanah dan Jajahan akan menerima sumbangan terbabit dalam masa terdekat.

Advertisement

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, turut menerima bantuan one-off penjawat awam negeri termasuk lantikan politik.

Katanya bantuan kewangan itu sebanyak RM500 bagi penjawat awam, manakala lantikan politik menerima RM250.

“Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM29 juta bagi dana berkenaan diharap dapat membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di kediaman rasmi menteri besar di JKR 10 hari ini.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri akan mengecualikan bayaran sewa premis-premis PBT dan badan berkanun bagi tempoh dua bulan bermula April.

Menurutnya bayaran sewa berkenaan akan ditanggung kerajaan negeri.

Premis terbabit termasuk milik majlis daerah, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.- HARAKAHDAILY 8/4/2020