Covid-19: 6 kes baharu, 13 sembuh

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,499 atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak enam (6) kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,683 keseluruhan kes.

Advertisement

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 63 kes.

Hingga kini, ada dua (2) kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 121 atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.– HARAKAHDAILY 9/7/2020