Rumah terbakar menjelang Aidiladha

BATANG LUPAR: Muslimat PAS Negeri Sarawak telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan kebajikan kepada mangsa kebakaran di Kampung Beladin, Pusa, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Lawatan ini diwakili Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Sarawak, Dayangku Huda Abang Ahmad dan turut disertai Ketua Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar, Mahani Mumtaz.

Kunjungan ini sebagai menzahirkan simpati serta berharap para mangsa tabah di mana penyampaian sumbangan berupa wang ringgit diharap sedikit meringankan beban dihadapi mereka.

Dalam kejadian 26 Julai lalu, tiga keluarga melibatkan 18 dewasa dan empat kanak-kanak hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah keseluruhannya dalam kebakaran awal pagi itu.

Mahani amat berharap agar orang ramai khususnya para dermawan untuk tampil membantu mangsa yang kini menumpang sementara di rumah saudara-mara mereka. – HARAKAHDAILY 5/8/2020