Geng Ustaz Melaka anjur korban sempena penubuhan

JASIN: Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz telah menganjurkan majlis korban yang diadakan di pekarangan Maahad Tahfiz Tuan Guru Haji Husin, Umbai, di sini kelmarin.

Advertisement

Program ini merupakan anjuran julung-julung kali diadakan Geng Ustaz di negeri bersejarah ini bersempena dengan pembukaan cawangan NGO ini di negeri Melaka.

Sebanyak tiga ekor lembu telah disembelih sebagai memenuhi tuntutan ibadah korban tahun ini dengan kerja-kerja melapah dilakukan secara gotong-royong sebelum agihan kepada fakir miskin.

Turut hadir memeriahkan program ini adalah Pengerusi Geng Ustaz Negeri Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahuddin dan Ahli Parlimen Jasin, Dato’ Seri Ahmad Hamzah serta ADUN Serkam, Dato’ Zaidi Atan.

Ahmad Bilal yang juga Ketua Pemuda PAS Melaka menzahirkan harapan agar ibadah korban dilaksanakan itu diterima Allah dan iktibarnya dari teladan keluarga Nabi Ibrahim A.S dihayati. – HARAKAHDAILY 3/8/2020