DUP Sabah santuni tunawisma ibu kota

DEWAN Ulamak PAS Negeri Sabah turun padang menyantuni tunawisma dan gelandangan di sekitar Bandar Raya Kota Kibabalu semalam. Program Semarak Kasih Ramadan anjuran Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah dengan kerjasama PAS Kawasan Putatan dihadiri oleh Dr. Azman Ibrahim, AJK PAS Pusat mengagih juadah sahur untuk tunawisma ibu kota bermula jam 12.30 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

Advertisement

Turut bersama dan mengagih 50 bungkusan juadah sahur, Ustaz Mat Razali Mat Lazin, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah, Ustaz Isaac Abd Jalil, Penolong Setiasaha Dewan Ulamak PAS Sabah dan Ustaz Haji Mohd Kamal Osman, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Putatan.

Tinjauan Dewan Ulamak PAS Sabah mendapati  ramai rakyat yang tidak mampu meneruskan kehidupan, tidak mampu membeli makanan dan tidur dalam keadaan lapar dan menjadikan kaki lima bandar raya sebagai tempat berteduh. Keadaan ini sangat menyedihkan di saat para pemimpin negara mengatakan rakyat Malaysia cukup makan dan ekonomi dalam keadaan baik dan stabil.

Rata-rata tunawisma yang ditemui mengucapkan syukur dan terima kasih atas keprihatinan Dewan Ulamak PAS Sabah dan PAS Putatan. Program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa, membantu dan merasai sendiri denyut nadi rakyat dan marhaen susah, ujar Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah, Ustaz Mat Razali Mat Lazin. – HARAKAHDAILY 5/6/2017

GelanKK 4

GelanKK 3