Program perkasa ekonomi bantu asnaf – MB

ALOR SETAR: Program pemerkasaan ekonomi komuniti asnaf diharap mampu membantu golongan itu mengharungi cabaran ekonomi pada masa akan datang.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, usaha yang dilaksanakan tersebut mampu membantu golongan asnaf mengatur langkah strategik.

Advertisement

“Ia secara tidak langsung dapat membantu melahirkan lebih ramai golongan usahawan,” katanya pada pelancaran Mak Cun Anjung Orang Kita dan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Asnaf di perkarangan Menara Alor Setar malam tadi.

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Setar Dato’ Mohd Asri Redha Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Dato’ Haji Abdul Rahman Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menara Alor Setar Ainol Shaharina Sahar.

Seramai 35 usahawan Kedah menyertai program itu yang diberi nama ‘From Zero To CEO’.

Ia bertujuan membantu asnaf di Kedah menceburi bidang perniagaan bagi mengubah nasib keluarga.

Program berkenaan dianjurkan Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah. HARAKAHDAILY 5/8/2020