Pemuda Perak kunjungi Pusat Pengajian Al-Barakah

KUNJUNGAN Pemuda PAS Perak ke Pusat Pengajian Al-Barakah di bawah seliaan Datuk Ustaz Kazim Elias memberikan peluang menimba pengalaman dalam usaha membangunkan institusi pengajian Islam yang mendapat perhatian ramai pihak.

Advertisement

Pertemuan yang berlangsung selama sejam tersebut menjadi pengalaman bermakna kepada Pemuda PAS Perak dengan perkongsian perjuangan menyampaikan dakwah kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Kunjungan itu diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Perak; Ustaz Akmal Kamaruddin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak; Ustaz Hafez Sabri, Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perak; Abdul Manaf Ismail dan beberapa pimpinan Pemuda PAS Perak.

“Penerimaan Ustaz Kazim dalam kunjungan mahabbah kali ini menjadi satu peluang anak muda seperti kami agar dapat berkongsi pendapat bersama beliau.

“Usaha beliau membangunkan pusat pengajian seperti Al-Barakah membuktikan keperluan semasa untuk memastikan masyarakat mengamalkan Islam dengan berlandasakan syariat Islam.

“Cabaran dan ujian semestinya ada namun itulah satu pengorbanan demi melihat anak bangsa mampu menyampaikan ilmu kepada masyarakat,” ujar Ustaz Akmal. – HARAKAHDAILY 28/7/2017