Pelajar Maahad Perempuan terbaik SMU 2017

MAAHAD Muhammadi Perempuan terus mengekalkan kecemerlangan apabila pelajarnya, Sofea Hana Zafrullah muncul pelajar terbaik Sijil Menengah Ugama (SMU) 2017.

Advertisement

Beliau mendapat keputusan 10 mumtaz. Pelajar terbaik Sijil Menengah Tahfiz Quran (SMTQ) pula disandang Nurul Iman Raehamiizwan George dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

Beliau memperolehi 10 mumtaz pada peperiksaan itu di samping menghafaz 30 juzuk al-Quran sejak tingkatan tiga.

Pelajar terbaik SMU kategori lelaki, Muhammad Hasif Hairuddin dari Maahad Muhammadi Lelaki juga memperoleh 10 mumtaz.

Seramai 2,408 daripada 6,223 calon peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) Yayasan Islam Kelantan (Yik) 2017 memperoleh pangkat mumtaz meningkat berbanding 2016.

Pada 2016 seramai 2,358 calon yang mendapat pangkat mumtaz. Keputusan SMU 2017 meningkat kepada 91.27 peratus berbanding 91.24 peratus (2016).

Sebanyak 27 sekolah agama Yik mencapai kelulusan 100 peratus. – HARAKAHDAILY 5/1/2018