PAS Melaka menuju kemenangan

MELAKA: Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek berkata, jika dilihat semangat jentera pilihan raya yang hadir bersama penyokong dengan pelbagai golongan dalam majlis pengisytiharan calon memberi isyarat PAS negeri bersedia menuju kemenangan dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengisytiharan Calon PRU14 PAS Melaka di Dewan Mualim, Bukit Katil, malam tadi.

“Persiapan di segenap pelosok akar umbi PAS Melaka di UPU dalam memperkasakan jentera pilihan raya dengan petambahan ahli PAS yang meningkat hampir lebih 25,000 orang dalam waktu ini, memberi gambaran jelas sememangnya kemenangan itu semakin hampir buat PAS Melaka,” ujarnya.

Seramai lebih 4,000 jentera UPU PAS negeri berkumpul pada majlis pengisytiharan calon itu.

Senarai calon.

Parlimen

Masjid Tanah – Mohd. Nasir Othman
Alor Gajah – Mohammad Nazree Mohammad Aris
Tangga Batu – Zulkifli Ismail
Hang Tuah Jaya – Dr. Md. Khalid Kassim
Jasin – Abd. Alim Shapie

Dewan Undangan Negeri

Kuala Linggi – Azmi Sambul
Tanjung Bidara – Imran Abdul Rahman
Ayer Limau – Jamarudin Ahmad
Lendu – Arshad Mohamad Saron
Taboh Naning – Asri Shaik Abdul Aziz
Rembia – Mohammad Rashidi Abd. Razak
Gadek – Emransyah Ismail
Machap Jaya – Wan Zahidi Wan Ismail
Durian Tunggal – Mohsin Ibrahim
Asahan – Azlan Maddin
Pantai Kundur – Abdul Halim Maidin
Paya Rumput – Rafie Ahmad
Klebang – Mohd. Shafiq Ismail
Pengkalan Batu – Ramli Dalip
Ayer Keroh – Sepri Rahman
Bukit Katil – Muhamat Puhat Bedol
Ayer Molek – Jantan Abdullah
Duyong – Kamarudin Sidek
Telok Mas – Rosazli Md. Yasin
Bemban – Suhaimi Harun
Rim – Kintan Man
Serkam – Ahmad Bilal Rahudin
Merlimau – Abdul Malek Yusof
Sungai Rambai – Zakariya Kasnin