PAS serius bertanding PRU14 – Ustaz Azhar

KUALA LUMPUR: “PAS serius dalam bertanding pada pilihan raya kali ini,” kata Ustaz Azhar Yahya.

Advertisement

Beliau yang juga merupakan calon PAS bagi P.115 Parlimen Batu berkata, PAS memohon agar Allah memberikan kemenangan.

“Kita benar-benar memohon kepada Allah agar Allah memberikan kemenangan yang terbaik, agar kita dapat memimpin bumi ini tuan-tuan dengan membuat kerajaan pada 9 haribulan (Mei) malamnya.

“Sama ada kerajaan bersendirian ataupun kerajaan campuran atau kerajaan perpaduan insya Allah PAS akan memimpin bumi ini dengan membawa keadilan langit. Kita dapat lihat bagaimana parti PAS tuan-tuan bukan sehari duduk di Malaysia,“ ujarnya lagi.

Menurutnya, PAS mempunyai kelemahan dan kekuatan, dengan kekuatan yang ada PAS cuba menawarkan apa yang diberikan oleh Allah.

“Saya yakin terutama penduduk-penduduk di Kawasan ini tuan-tuan tahu bahawa PAS adalah parti yang memang hendak membawa agama Allah. Kita adalah manusia yang ada kelemahan tetapi ada kekuatan dan kekuatan yang ada kami cuba menawarkan apa yang diberikan oleh Allah,” ujarnya semasa ditemui pada Majlis Perasmian Karnival Semarak Hijau PAS Kawasan Batu 2018 yang diadakan di Bandar Baru Sentul, semalam. – HARAKAHDAILY 2/5/2018