Memali: Semangat kental keluarga syuhada

BALING: Ketua Dewan Muslimat Negeri Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, peringatan setiap 19 November diadakan setiap tahun bagi mengambil semangat kental keluarga syuhada tragedi Memali yang terpaksa berhadapan pelbagai kesusahan dan tohmahan.

Advertisement

Katanya, semangat kental isteri-isteri dan keluarga syuhada perlu diambil iktibar walaupun keadilan terhadap mereka belum terbela.

Tambahnya, ketika kejadian menyayat hati itu berlaku Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili Barisan Nasional (BN).

“Namun sekarang beliau bertukar ke Pakatan Harapan pula,” katanya pada program Bicara Muslimat di Madrasah Islahiah, Memali petang semalam.

Hadir sama bekas anggota Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali dan tokoh perniagaan Dr Azlina Abd Latif yang menjadi penaja minum petang pada program itu.

Sempena program itu juga isteri syuhada diraikan dengan pemberian sumbangan dari Dr Azlina. – HARAKAHDAILY 20/11/2018