Mohd Arif ketuai Pemuda PAS Kelantan

ariff

PASIR MAS: Dewan Pemuda PAS Kelantan mendapat ketua baharu menggantikan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang tidak mempertahankan jawatan.

Advertisement

Mohd Arif Abdullah, naib ketua sesi lepas menang selepas mengatasi Azren Mustapha.

Ahmad Fadhli sebelum ini mengetuai Pemuda PAS Kelantan selama enam tahun berundur..

Timbalan ketua pula dimenangi Ustaz Hushaimi Husian, apabila mengatasi Mohd Kamal Muhamad. Hushaimi juga Ketua Pemuda PAS Tumpat.

Manakala naib ketua Ustaz Abdul Malik Abdul Karim mengatasi Nazman Che Iberahim. Abdul Malik merupakan Ketua Pemuda PAS Kota Bharu.

Urusan pemilihan itu dikendalikan PAS Pasir Mas. Muktamar Pemuda PAS Kelantan tahun ini menyaksikan pertandingan semua jawatan utama. – HARAKAHDAILY 20/4/2019