Ameerah-Puteri Pdg Rengas bertemu di medan bowling

IPOH: Ameerah Kawasan Padang Rengas telah mengadakan Kejohanan Persahabatan Bowling bersama Puteri Umno Bahagian Padang Rengas di Aeon Mall Kinta City, di sini semalam.

Advertisement

Menurut Ketua Ameerah Padang Rengas, Fatihah Nuh, aktiviti sukan julung kali merupakan ruang interaksi dan sosial santai kedua pihak sebagai langkah mendukung agenda ta’awun siyasi PAS-Umno.

Malah katanya, program tersebut juga menjadi wasilah dakwah termasuk kepada masyarakat umum khususnya teladan tatacara pemakaian sopan dan menutup aurat bagi wanita.

Menerusi usaha itu juga ujar Fatihah, ke arah mewujudkan jaringan Ameerah dan Puteri bagi menggerakkan pula agenda kebajikan dan kemasyarakatan selepas ini.

“Masyarakat kita memerlukan ramai tenaga muda sebagai penggerak utama menerajui aktiviti yang pekbagai. Seharusnya kedua entiti ini berganding bahu satu sama lain,” kemukanya.

Kemeriahan dan ikatan mesra kedua pihak turut dikukuhkan dengan sesi fotografi dan penyampaian hadiah sebagai melabuhkan tirai pertemuan ukhuwah itu. – HARAKAHDAILY 1/5/2019