Saiful Syazwan dilantik Pengarah Amal Kedah

PADANG TERAP: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada Ustaz Saiful Syazwan Shafie (foto) atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Amal Negeri Kedah untuk sesi kali ini.

Advertisement

Bercakap kepada Harakahdaily awal pagi tadi, ketua dewan berkenaan, Ustaz Nurul Amin Hamid berkata, pelantikan itu berkuatkuasa pada hari ini yang diputuskan dalam mesyuarat dewan tersebut kali kedua.

“Beliau seorang yang dedikasi, tegas dan sanggup mengorbankan masanya untuk jemaah malah atas kewibawaan itu beliau pernah menjadi calon Dun Sungai Tiang pada PRU lalu dan hanya kalah tipis sahaja,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ustaz Nurul Amin mengharapkan Jabatan Amal akan terus berkembang maju dan menjadi teras mendepani kebajikan kemasyarakatan untuk melonjakkan PAS di hati rakyat.

“Kesempatan di sini juga, seluruh jawatankuasa Dewan Pemuda Negeri Kedah, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemegang jawatan tersebut sesi lalu, Yahya Abdullah, di atas sumbangan yang dicurahkan sebelum ini,” tegas beliau lagi. – HARAKAHDAILY 3/5/2019