Terkorban ketika beri makan kucing geladangan

KOTA BHARU: Pelajar Maahad Yaakubiah, Nipah Bachok Ahmad Razin Sapri, 17 meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan memberi makanan kucing geladangan.

Advertisement

Beliau memberi makanan kucing di beberapa tempat di Bachok pada awal pagi 8 Mei lalu.

Bagaimanapun beliau terlibat dalam kemalangan ketika mahu memberi makanan kucing dan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM).

Kisah sedih yang menyentuh hati orang ramai itu dimuat naik melalui facebook bapa sepupunya Nasrul Mohamed yang juga Penasihat Undang-Undang Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Nasrul berkata, arwah mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3 pagi keesokan harinya. – HARAKAHDAILY 13/5/2019