Kembara At-Ta’alim bantu pelajar ceria di Syawal

LUMUT: Jemaah Permuafakatan Guru dan Kakitangan (JPGKT) At-Ta’alim telah melancarkan program Kembara Ramadan di Seri Manjung, di sini kelmarin.
 
Ia bertujuan menyampaikan sumbangan kepada para 55 pelajar asnaf dan anak yatim Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam At-Ta’alim.
 
Pemberian tersebut dengan harapan ianya meringankan beban keluarga pelajar terbabit dan mereka turut meraikan Syawal dengan senyuman kegembiraan.
 
Semua pelajar ini menerima keperluan barangan harian dapur di mana disampaikan terus ke kediaman mereka yang menetap di sekitar Sitiawan, Manjung, Lumut dan Lekir.
 
Menurut Pengerusi Kelab JPGKT, Hayatul Akmal Mazlan, program ini membuktikan para guru bukan sahaja berperanan mendidik pelajar mereka, tetapi juga prihatin terhadap kehidupan berkeluarga. – HARAKAHDAILY 24/5/2019
IMG 20190524 WA0084
Advertisement