PAN terdesak edar borang parti di sekolah

KOTA BHARU: Selepas terdesak dengan isu ‘wajib tukar kerajaan PH’, Parti Amanah Negara (PAN) membawa pula borang parti itu ke sebuah sekolah.

Advertisement

Baru-baru ini viral seorang ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi PAN membawa borang parti untuk diisi guru di sekolah terbabit.

Adun Dabong, Ku Zaki Ku Hussin bmenyifatkan perbuatan tersebut sebagai terdesak sehingga terpaksa menjadikan institusi pendidikan terbabit sebagai medan untuk berpolitik.

Katanya sebagai sebuah parti kompenan PH sepatutnya sedar perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi pada waktu pembelajaran.

“Sekolah bukan tempat untuk parti, ia tempat untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kepada agama dan negara.

“Kementerian Pendidikan kena mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya di sini.

Malah kata beliau perkara seperti itu tidak pernah dilakukan kerajaan dahulu. – HARAKAHDAILY 1/7/2019