Jengah pesakit kanser sempena munajat AKIFI

NIBONG TEBAL: Gelombang AKIFI Kali Ke-14 Muslimat PAS Neeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Khairat Kematian Sungai Kechil, di sini lewat petang semalam.

Advertisement

Program ini telah dihadiri oleh Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Saleh dan juga para pimpinan Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang.

Turut hadir pada kali ini pimpinan Wanita Umno Bahagian Nibong Tebal yang menjadikan program Gelombang AKIFI kali ini lebih istimewa.

Ustazah Nuridah berkata Gelombang AKIFI merupakan program pentarbiyahan bagi ahli dan menjadi suatu kepentingan untuk setiap ahli Muslimat PAS bersedia menjadi alim, haraki dan sufi.

Antara pengisian lain di dalam program ini ialah solat hajat berjemaah dan diteruskan dengan munajat kepada Allah di mana ia berlarutan hingga ke lewat malam.

Terdahulu, Ustazah Nuridah bersama-sama Dewan Muslimat PAS Nibong Tebal telah menziarahi tiga pesakit kanser pada petang tersebut diiringi Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff.

Sedikit bantuan berbentuk wang tunai dan juga barang keperluan harian telah diserahkan dengan harapan dapat meringankan beban yang ditanggung ahli keluarga mereka. – HARAKAHDAILY 6/9/2019

IMG 20190906 WA0004

IMG 20190906 WA0001

IMG 20190906 WA0003