Pemuda lahirkan PASTI kelima di Raub

RAUB: Dewan Pemuda PAS Kawasan Raub terus menempa sejarah dalam usahanya mengembangkan pendidikan Islam apabila bakal membuka satu lagi cawangan PASTI bagi sesi tahun 2020.

Advertisement

Hasil kesungguhan dan tekad yang direalisasikan bersama paduan tenaga dengan pihak PAS Cawangan, PASTI kelima tersebut akan dibuka di Kampung Melayu Sempalit, di sini bermula 1 Januari depan.

Sehubungan itu, satu gotong-royong membersih dan menceriakan bangunan untuk dijalankan pengajaran dan pembelajaran tersebut telah diadakan bersama kedua-dua pihak di premis ini, kelmarin.

Hadir bersama adalah Pengerusi Jawatankuasa PASTI Al-Muttaqin, Zharfan Abdul Taib bersama Ketua PAS Kampung Melayu Sempalit, Mozri Zainal bersama Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Cawangan.

Menurut Zharfan, kelahiran PASTI Al-Muttaqin akan lebih memperkasakan lagi PAS Raub dalam usaha ke arah mencapai cita-cita PAS Teraju Pahang.

Beliau yakin PASTI Al-Muttaqin akan mendapat sambutan memandangkan kedudukannya yang hampir dengan Bandar Raub dan UiTM yang merupakan Institut Pengajian Tinggi utama di sini.

Selain itu dimaklumkan, PASTI Al-Muttaqin bakal menyediakan kemudahan transit bertujuan membantu ibu bapa yang bekerja dengan kadar bayaran tidak membebankan mereka.

Pendaftaran akan dibuka bermula pertengahan Disember 2019 dan sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 013-389 0448 (Zharfan) atau Timbalan Pengerusi 012-255 2895 (Jariah Ismail). – HARAKAHDAILY 21/9/2019

IMG 20190921 WA0043

IMG 20190921 WA0042