Percaturan Arab Spring ke Pax Judaica

BANGSA Arab dan biji catur

Advertisement

Sejarah telah membuktikan bagaimana orang Arab satu ketika dahulu pernah ditipu oleh Yahudi. Namun hingga ke hari ini seolah olah masih sukar untuk ambil pengajaran. Masih ingin dikencing. Negara-negara mereka menjadi sasaran Yahudi sekian lama. Namun mereka masih membakar semangat nasionalism yang menebal.

Sejak kemunculan dan kebangkitan Uthmaniyyah di penghujung era 12-an, masyarakat Arab dan Palestin bernaung di bawah Uthmaniyyah sebagai sebuah institusi Khilafah. Namun, di awal 19-an menyaksikan bagaimana titik-titik hitam bangsa ini dibakar dengan nasionalism sehingga mereka bangkit keluar daripada Khilafah Uthmaniyyah bahkan mencetuskan revolusi menjatuhkan Khilafah itu.

Segalanya berkait dengan Tanah Palestin. Namun biji caturnya dihalakan kepada nasionalism Arab. Yahudi Zionis setelah ada kesedaran bernegara, merancang untuk menguasai Palestin kerana mereka telah “study” bagaimana sejarah Bani Israel menguasai dunia satu ketika dahulu. Antara kunci pembuka kepada penguasaan dunia ialah Tanah Palestin.

Hal ini berdasarkan arahan Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S untuk membawa keluar Bani Israel dari Sinai, menuju ke Palestin. Bahkan, ketika zaman Nabi Daud A.S yang mengalahkan Jalut, mereka berjaya memasuki Palestin kali kedua, dan mereka menyaksikan sendiri Bani Israel menguasai dunia pada zaman Nabi Sulaiman A.S.

Strategi Yahudi berproksikan British

“Study” ini mendorong Yahudi Zionis untuk bernegara apatah lagi di era 18 mereka ditekan dan ditindas. Kesedaran ini wujud antaranya dicetuskan oleh Theodor Herzl di melalui penulisan dan roadshow-nya ke beberapa buah penempatan Yahudi yang menumpang di beberapa buah negara ketika itu.

Atas dasar ini, antara era 1898-1902 menyaksikan bagaimana Yahudi Zionis berusaha berunding beberapa kali dengan Khalifah Sultan Abdul Hamid II untuk mendapatkan sekangkang kera tanah di Palestin dengan berapa kos sekali pun. Atas kefahaman beliau tentang strategi musuh, tawaran dedak kepada Sultan Abdul Hamid II tidak menjadi.

Halangan ini mendorong lagi Yahudi Zionis untuk lebih bersungguh untuk meranapkan Uthmaniyyah dengan lebih agresif. Pada 1905 British mengadakan persidangan khas bersama beberapa buah negara sebagai persediaan untuk “mengkerat kerat” wilayah-wilayah Uthmaniyyah yang bakal ditinggalkan.

Pada 1907 berlakunya Perjanjian Campbell Bannerman yang membincangkan penguasaan terhadap Asia Barat sehingga ke Terusan Suez. Antara yang dinyatakan oleh Campbell Bannerman ialah penguasaan Islam terhadap laluan utama dan lokaliti negara-negaranya yang cukup strategik. Perancangan demi perancangan diatur untuk menjatuhkan Uthmaniyyah atas proksi British dan di belakangnya Zionis.

Pelan Zionis hanya inginkan Palestin dahulu. Lalu mereka bakar kebangkitan Young Turks seterusnya menggulingkan Sultan Abdul Hamid II pada 1908 disebabkan ketegasannya mempertahankan tanah Ummat Islam itu daripada projek Yahudi Zionis. Zionis yang berada di belakang British bertepuk tangan atas kebodohan Ummat Islam menggulingkan Khalifahnya sendiri.

Orang Arab kena game

Setelah penggulingan Sultan Abdul Hamid II, laluan ke arah merampas Palestin semakin cerah. Masyarakat Arab diperalat dalam projek ini apabila semangat nasionalism mereka itu dibakar untuk menyambut slogan menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah. Melalui intelligen TE Lawrance, beliau menghasut Kabilah-kabilah Arab untuk mencetuskan Kebangkitan Arab 1916 menentang Uthmaniyyah.

Antara point-point hasutan ialah mendewakan Bangsa Arab, mengatakan “Bangsa Arabbadalah segalanya. Al-Quran berbahasa dengan Arab, Nabi Muhammad S.A.W berbangsa Arab. Tetapi hari ini Bangsa Arab sedang dijajah oleh Uthmaniyyah”. Hasutan-hasutan ini akhirnya berhasil dengan Arab Revolt pada 1916. Negara-negara Arab mengambil jalan untuk keluar daripada Khilafah Uthmaniyyah.

Bahkan British menaja senjata-senjata kepada Negara-negara Arab yang ingin memberontak. Nasionalism Arab telah menjahanamkan kesatuan Islam. Setelah Negara-negara Arab memilih untuk tidak bernaung di bawah Uthmaniyyah, pada 1916 British dan Perancis mengadakan Perjanjian Sykes Picot untuk “mengkerat-kerat” Negara-negara Arab ini atau dinamakan pemetaan Asia Barat.

1917 diisytiharkan Deklarasi Balfour antaranya dibuat oleh Lord Rothschild pimpinan Zionis dan Arthur Balfour wakil British untuk memberikan hak orang Yahudi duduk di Palestin. Setelah itu, migrasi besar-besaran Yahudi masuk ke tanah Palestin dengan kapal-kapal British. 

Tindakan British itu tidak dipandang sensitif  oleh Bangsa Arab yang sedang enak dilamun semangat nasionalism. Mereka masih menganggap British sebagai rakan baik mereka kerana banyak membantu Arab membebaskan diri daripada “penjajahan” Uthmaniyyah terhadap mereka.

Kesudahannya pada 1924 apabila diisytiharkan pemerintahan Islam sudah tiada, barulah Bangsa-bangsa Arab itu tersedar mereka di“game” oleh British dan Yahudi selama ini. Apa yang mereka perolehi dengan nasionalism Arab yang dibangkitkan itu? Negara Arab terpecah hingga ke hari ini, dan masih lagi berada di atas pelan projek pembinaan Israel Raya.

Ke arah Pax Judaica

Israel Raya adalah rancangan akhir Yahudi setelah merampas Palestin. Iaitu mengalihkan kuasa dunia (world power). Kalau dahulu, kuasa yang dilihat mendominasi dunia ialah British, dikenali sebagai Pax Britannica sejak 1815-1914. Sejak 1945 era Perang Dunia II, United Kingdom dan United States dilihat mendominasi dunia dan memperlihatkan kemunculan Pax Americana.

Pada 1987, Paul Kennedy di dalam bukunya The Rise And Fall Of The Great Powers beliau menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa kuasa Amerika juga akan tamat riwayatnya atas sebab kehausan sumber ekonomi (overstrecth). Satu kemungkinan yang logik ke arah pengalihan kuasa besar dunia ke arah Pax Judaica (Israel Raya)

Pada April tahun ini (2019) Donald Trump mengisytiharkan bahawa al Quds sebagai ibu negara Israel. Kenyataan ini kemudiannya tidak dipersetujui oleh Persidangan PBB, bahkan mengundang kritikan daripada negara negara yang lain. Trump macam biasa dengan keangkuhannya. Sudah terbentang banyak rekod bahawa Israel memperkudakan British satu ketika dahulu, kini memperkudakan Amerika pula sejak Pax Americana.

Di dalam artikel yang lalu [1] saya ada menceritakan tentang sengketa antara Iran dan Amerika sejak zaman berzaman. Sengketa ini mungkin akan dijadikan kesempatan kepada Israel untuk mewujudkan “menang jadi abu kalah jadi arang”. Apabila kedua-duanya sudah jadi abu dan arang, laluan untuk Israel bangun atas nama Pax Judaica mungkin cerah. Teori ini dilontarkan Bob Moriarty yang disiarkan dalam Streetswisereports.com.

Bahkan beliau mengandaikan serangan di telaga minyak Arab Saudi baru-baru ini adalah angkara Israel untuk mencetuskan “event” antara Iran dan Amerika yang membuka laluan ke arah Pax Judaica. Kemungkinan juga bersempena pilihan raya Israel yang bakal menjelang 17 September ini untuk mengekalkan Benjamin Netanyahu.

– MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL, 22 September 2019

[1] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1188132171380254/

HARAKAHDAILY 26/9/2019