Muzikal Dakwah: PPZ, PAMULA dipuji PAS Labuan

Inisitif program bermoral alternatif Sambutan Tahun Baharu

PROGRAM Muzikal Dakwah anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan NGO PAMULA Labuan pada esok, 27 Disember adalah satu usaha yang layak mendapat sokongan dan pujian khususnya oleh segenap lapisan masyarakat di sini.

PAS Labuan melihat program ini adalah merupakan alternatif kepada sambutan Tahun Baharu yang banyak melalaikan dan dan membazir masa serta wang tanpa manfaat jelas untuk memperkasa minda dan moral anak-anak muda.

Program yang sedang diviralkan melalui media WhatsApp dan Facebook ini sepatutnya mendapat sokongan dan jumlah kehadiran tinggi terutamanya daripada kalangan remaja dan juga masyarakat tempatan amnya.

PAS Labuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PPZ dan PAMULA Labuan kerana berjaya mencetuskan program dakwah santai khusus untuk menggantikan program sebelum ini yang sekian lama terarah kepada kelalaian dan pembaziran serta mencemar moral golongan remaja kita.

PAS Labuan berharap agar program seperti ini akan jadi pemangkin kepada jabatan-jabatan lain untuk terlibat sama atau menganjurkan program yang lebih mantap dan berjaya mengislahkan moral remaja dan masyarakat amnya.

HAJI HAMIR HAJI ZAHARI
Yang DiPertua PAS Kawasan Labuan
26 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 26/12/2019

Advertisement