COVID-19: Lambat bertindak punca Itali atasi China

KOTA BHARU: Biarpun Itali bangsa yang hebat sehingga mampu melahirkan genius dunia seperti Marco Polo, Christopher Colombus, Valentino Vissi Leonardo de Vinci dan Verdi mereka kurang peduli persekitaran.

Advertisement

Pensyarah Sosiolinguistik UPSI, Dr Zulkeflee Yaacob berkata, reaksi masyarakat Itali terhadap situasi kecemasan sangat perlahan atau tidak cakna.

Katanya mereka tiada semangat ‘emergency’ melainkan setelah selesai hal-hal personal sendiri terlebih dahulu.

“Maka tidak hairanlah sehingga jumlah korban pandemik Covid-19 paling tinggi berbanding China dan negara-negara lain.

“Korban nyawa paling teruk di Itali dengan 6077 kematian akibat Covid-19 sehingga 24 Mac manakala jumlah kes pula kes 63,927,” katanya di sini. 

Menurutnya juga pada era moden Itali sebuah negara maju namun situasi getir dan tidak terkawal akibat pendamik Covid-19.

Kata beliau kerajaan Itali lambat bertindak kerana masyarakatnya punyai ragam birokrasi paling teruk. – HARAKAHDAILY 25/3/2020