PKP: PAS Tambun gerak Cawangan bantu penduduk

TAMBUN: PAS Kawasan Tambun telah menggerakkan peranan PAS Cawangan-cawangan menyampaikan bantuan kepada orang ramai terutama kepada mereka yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Advertisement

“Ketika ini kita berusaha memudahkan urusan mereka dengan kemampuan kita disamping membantu memastikan segala bantuan kerajaan sampai kepada sasaran,” ulas Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Md Salleh Said.

Beliau berkata demikian sebagai tanda penghargaan kepada seluruh PAS Cawangan melalui penyelarasan Zon Manjoi, Meru, Klebang, Chemor, Perpaduan dan Tanjung Rambutan dalam menyampaikan bantuan rumah ke rumah, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, disamping membantu masyarakat pihak beliau juga tidak melupakan para petugas termasuk Guru PASTI dan SRITI yang perlu dibantu khususnya mereka yang terlibat dengan musibah COVID-19 ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri menyeru para dermawan meringankan beban golongan memerlukan menerusi akaun Maybank 5582 2061 8646 Bersepadu PASTI Cemerlang Tambun Resources. – HARAKAHDAILY 31/3/2020