Kejayaan Dr Noor Hisham gagal disangkal – Pensyarah UPSI

KOTA BHARU: Kejayaan Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah menangani wabak pandemik Covid-19 terbukti apabila kadar kesembuhan di Malaysia jauh lebih tinggi.

Sehingga sekarang kadar kesembuhan di negara kita 36.1 peratus berbanding peratusan global (21.3 peratus), Amerika Syarikat (5.1 peratus), Perancis (17.4 peratus), Kanada (22.4 peratus) dan Jepun (14.6 peratus).

Advertisement

Penyarah UPSI Dr Zulkeflee Yaacob berkata, Dr Noor Hisham dilihat begitu kompetensi dan komited sehingga berjaya menangani penularan pandemik Covid-19.

“Malahan kadar ujian besar-besaran Covid-19 di Malaysia juga antara yang tertinggi di dunia dengan angka 55,556 ujian bersamaan nisbah 1,690 pengujian bagi setiap sejuta penduduk,” katanya di sini.

Selain itu Malaysia juga mendapat penghargaan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Prof Jason Hassenstab daripada Universiti Washington yang menyifatkan kaedah dan persediaan Malaysia seharusnya dipelajari Amerika Syarikat.

Dr Zulkeflee berkata, kejayaan itu secara tidak langsung mengenepikan kritikan Muslim Professionals Forum (MPF) yang diketuai Dato’ Dr Musa Nordin.– HARAKAHDAILY 9/4/2020