‘Food Basket’ MCM santuni Al Quds

KUALA LUMPUR: Akhir Ramadan 1441 Hijrah yang berlalu memberikan makna yang sangat besar buat umat Islam di sekitar Masjid Al Aqsa (Al Quds) dengan projek bantuan ‘Food Basket‘ anjuran Muslim Care Malaysia Society dan Muslim Care Palestin.

Advertisement

Program ini telah memberikan manfaat kepada para penduduk di sekitar Al Quds yang mana mereka adalah dalam kalangan pembenteng kiblat pertama umat Islam.

Bantuan yang dikumpul melalui derma orang ramai di sini telah disampaikan oleh wakil Muslim Care Malaysia Society di Palestin.

Muslim Care Malaysia Society dengan kerjasama Muslim Care Palestin mengedarkan Food Basket

Food Basket’ atau bakul makanan tersebut antara lain mengandungi bekalan makanan harian untuk kegunaan warga Palestin yang setiap hari berdepan kezaliman rejim Zionis.

“Semoga kegembiraan mereka menggembirakan kita nanti semasa hari pembalasan dan segala sumbangan menjadi pemberat timbangan amal Insya-Allah,” kata Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Society, Mohd Johari Ismail kepada HarakahDaily hari ini.

Muslim Care Malaysia Society juga mengalukan bantuan kemanusiaan merentasi sempadan, dan merayu orang ramai menyumbang kepada dana bantuan kemanusiaan terus ke akaun Muslim Care Malaysia Society -564490413882 Maybank. – HARAKAHDAILY 26/5/2020