17 perkara menarik dalam PENJANA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau secara ringkasnya PENJANA dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”.

Advertisement

Kata Muhyiddin, di bawah PENJANA, Kerajaan telah mengenalpasti 3 teras utama iaitu, Memperkasakan Rakyat, Melonjakkan Perniagaan dan Merangsang Ekonomi.

Berikut antara perkara yang diumumkan dalam ucapan PM sebentar tadi yang disiarkan di RTM1.

1) Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

2) 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha.

3) Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia.

4) Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan.

5) Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS.

6) Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat.

7) Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang.

8) Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan.

9) Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

10) Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah.

11) Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah.

12) Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai.

13) Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta.

14) Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

15) Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.

16) Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta.

17) RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini. – HARAKAHDAILY 5/6/2020