Pemuda PAS mesti jadi tulang belakang PRU15

TAIPING: Pemuda PAS diingat supaya memperkasakan jentera pilihan raya serta melakukan gerak kerja penculaan dan daftar pemilih sebagai antara kesiapsiagaan bagi menghadapi PRU15 yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Advertisement

Penolong Setiausaha Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Omar Adam menegaskan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pemuda PAS Kawasan Taiping Kali Ke-28 di SRITI Al-Muttaqin, Kamunting, di sini semalam.

Menurutnya, dalam pendekatan Pemuda PAS untuk menonjolkan pemerkasaan identiti parti dan mendekati masyarakat umum, ia memerlukan pemantapan tarbiyah ruhiyah menerusi elemen seperti usrah, tamrin, liqa’ fikri dan sebagainya.

Manakala Ketua Pemuda PAS Taiping, Ustaz Amar Jamaludin turut menyeru agar Pemuda PAS melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknologi dan multimedia disamping pengukuhan ekonomi menerusi keusahawanan.

Beliau berbangga dengan semangat ditunjukkan para Pemuda PAS Taiping menerusi kehadiran ramai pada MAT tersebut yang turut dihadiri Timbalan Yang DiPertua dan Ketua Muslimat PAS Taiping, Ibrahim Ismail dan Norhanim Mohd Zain. – HARAKAHDAILY 14/7/2020