PAS Bkt Mertajam sentiasa prihatin nasib asnaf

BUKIT MERTAJAM: PAS Kawasan Bukit Mertajam terus menyantuni para asnaf yang menjadi sebahagian usaha mengimarahkan Ramadan menerusi peranan PAS Cawangan-cawangan di bawahnya.
 
Merasai denyut kesusahan masyarakat oleh keperitan hidup akibat kemelesetan ekonomi dan bebanan kos sara hidup yang tinggi, program sumbangan kepada golongan tersebut telah diadakan semalam.
 
Seramai 30 keluarga telah dikenalpasti dan diberikan bantuan dengan disampaikan sumbangan dari rumah ke rumah oleh PAS Cawangan Jalan Masjid Alma dipimpin Ketuanya, Mod Nopiah Ismail.
 
Manakala PAS Cawangan Cheruk Tok Kun pula meraikan kalangan asnaf dan guru-guru PASTI dalam satu majlis iftar dan sumbangan yang diadakan di SN Homestay, Kampung Teluk Bukit.
 
Hadir pada majlis itu adalah Ketua PAS Cheruk Tok Kun, Muhamad Azam Othman dan Pengerusi Pembangunan PASTI, Ustaz Wan Hamidullah Wan Halim di mana Azam turut melancarkan Tabung Wakaf Pembinaan PASTI Al-Abrar. – HARAKAHDAILY 28/5/2019
IMG 20190528 WA0060
Advertisement