Sejarah 1999 bakal berulang di Terengganu – DHPP

KUALA TERENGGANU: Berdasar perkembangan politik semasa di negeri ini sekarang PAS diyakini mampu mengulangi kejayaan Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

Advertisement

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr Bala Chandran Gopal Krisnan berkata, kepimpinan Umno-BN sekarang telah hilang kepercayaan majoriti rakyat.

“Kami cukup yakin PAS boleh kembali memerintah Terengganu. Seluruh negara rakyat sudah tidak percayakan Umno-BN.

“Pakatan Harapan pula dalam keadaan bercelaru dan tidak konsisten setelah mereka pilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bakal perdana menteri selepas PRU 14,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah di sini. – HARAKAHDAILY 23/1/2018