Syria sedang difaraid

KEDUDUKAN terkini Syria 50 peratus masih dikuasai Kerajaan Syria, termasuk Damascus, 40 peratus dikuasai Kurdi, 10 peratus dikongsi IS dan pejuang revolusi lain.
 
Kalau diikuti sejak 2011, kumpulan yang awal menakluk Syria daripada kerajaan adalah kumpulan-kumpulan revolusi seperti FSA, Jabhat Nusra dan lain-lain. Kemudian datang IS lalu menguasai kawasan tersebut. Kini, hampir semua kawasan yang IS tawan didominasi oleh Kurdi.
 
Kalau masih ingat, beberapa pendedahan membuktikan Saudi dan Qatar terlibat membiayai pejuang revolusi Syria termasuk IS. Hillary Clinton dalam kongres pernah menyatakan mengenai pembiayaan US kepada IS. Emel yang didedahkan Julian Assange semasa kempen pilihan raya Presiden US ada menyatakan Saudi dan Qatar turut terlibat dengan IS. Kini, IS secara terbuka mendokong perjuangan Kurdi.
 
Kesimpulannya, inilah game mereka. Mendanai semua kumpulan di Syria untuk mereka berbantaian sesama sendiri. Mula-mula baton diberi kepada pejuang revolusi. Kemudian baton diserahkan kepada IS. Daripada IS, bertukar ke tangan Kurdi pula.
 
Sekarang kepercayaan Zionis adalah Kurdi. Rancangan pertama US untuk menguasai akses ke Iraq dan Iran sudah berjaya. 100 peratus sempadan Barat Syria yang menghubungkan Iraq sudah dikuasai Kurdi. Kini mereka sedang bergelut di Afrin dengan tentera Turki. Matlamatnya supaya sampai ke perbatasan Laut Mediterenean. Supaya Kurdistan Raya memiliki akses laluan laut. Kempen yang didokong penuh oleh US dan Israel.
 
Kurdistan juga jangan harap akan aman. Selagi mereka bergelar Muslim, lambat laun akan diganggu juga sama seperti nasib Saudi. Walaupun memberi wala‘ kepada Zionis, mereka tidak akan redha selagi tidak mengikut agama mereka. Matlamat mereka adalah Israel Raya seperti yang dinyatakan Theodore Herzl dan Rabbi Fishcmann, dari Sungai Nil ke Sungai Furat.
 
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم….
 
6 Jumadal Ula 1439
23 Januari 2018
 
ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 23/1/2018
Advertisement