Cukai dalam Islam mengikut konsep zakat

KUANTAN: Zakat adalah konsep percukaian dalam Islam, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Advertisement

Beliau menjelaskan bahawa cukai di dalam Islam diambil daripada mereka yang kaya sahaja dan diagihkan kepada yang memerlukan bersandarkan kepada hadis.

“Paderi, sami yang tak dak kerja tak ada cukai. Peniaga ada cukai, petani hasil pertanian ada cukai, rukun hidup tak kena cukai, hotel ada cukai, rumah sewa kena cukai,” katanya pada Majlis Amanat Pilihan Raya Negeri Pahang, malam tadi.

Beliau juga menyentuh tentang negara berkebajikan, antaranya termasuklah rawatan, belajar dan pengajian secara percuma.

“Tak ada lagi PTPTN,” ujar beliau dalamenerangkan berkaitan negara berkebajikan.

Manifesto PAS meletakkan 9 teras dengan 20 tawaran utama yang mana antaranya adalah menghapuskan cukai GST, melupuskan hutang-hutang peminjam PTPTN yang sedia ada dan mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program untuk memperkasa golongan miskin bandar dan luar bandar. – HARAKAHDAILY 11/4/2018