Solidariti Himpunan Suara Ummah Justice4Adib 21 Dis

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan menganjurkan Solidariti Himpunan Suara Ummah “Justice For Adib” di hadapan Masjid Putra, Putrajaya, Jumaat, 21 Disember lusa.

Advertisement

Himpunan tersebut dianjurkan atas perasaan duka ummah atas kembalinya ke rahmatullah Wira Negara Pegawai Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, malam kelmarin.

Solidariti UMMAH mengadakan himpunan tersebut berobjektif utama untuk menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorty Punusamy meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, UMMAH bersama NGO-NGO lain yang bersamanya menyeru rakyat untuk beramai-ramai menyertai himpunan tersebut sebagai kebersamaan mengemukakan tuntutan. – HARAKAHDAILY 19/12/2018

IMG 20181221 WA0003