PRK Rantau: Mengundi 13 Apr, penamaan calon 30 Mac

    PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau, Negeri Sembilan pada 13 April depan sementara penamaan calon 30 Mac.

    Advertisement

    Demikian dimaklumkan oleh Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun pada sidang media di sini, hari ini.

    Beliau, berkata pengundian awal pada 6 April sementara daftar pemilih yang akan digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2018 yang dikemas kini sehingga 25 Februari lalu, lapor Bernama.

    Katanya, daftar pemilih itu mengandungi 20,926 orang pemilih berdaftar iaitu 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat orang pengundi tidak hadir luar negara. – HARAKAHDAILY 6/3/2019