Penjawat awam di Kelantan dapat RM500

KOTA BHARU: Seramai 6,600 penjawat awam di Kelantan bakal memperolehi bonus sebanyak RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pembayaran bonus itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3.3 juta.

Menurutnya bonus berkenaan diberikan kepada kakitangan awam negeri sebelum Aidilfitri ini.

“Tarikh pembayaran ditentukan pihak pentadbiran, insya-Allah bonus akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya,” ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini. – HARAKAHDAILY 21/5/2019