Tadarus disertai 400 Muslimat-Wanita Tambun

TAMBUN: Hampir 400 peserta dalam kalangan Muslimat PAS Kawasan dan Wanita Umno Bahagian dalam Parlimen Tambun menyertai Tadarus Perdana bertempat di Surau al-Ma’ruf Klebang Prima, di sini kelmrin.
 
Program tersebut yang merupakan aktiviti tahunan bagi kedua-dua entiti PAS dan Umno itu bertambah meriah apabila dianjurkan bersama buat pertama kalinya selepas sekian lama menjadi seteru dalam politik negara.
 
Majlis dimulakan dengan tadarus Al-Quran secara serentak beramai-ramai, di mana semua peserta dibahagikan kepada 30 kumpulan yang mencampurkan Muslimat PAS dan Wanita Umno dalam setiap kumpulan.
 
Aktiviti khatam al-Quran diketuai ini oleh Ketua Wanita Umno Tambun, Surai Hussin dan Pengerusi Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Tambun, Noraishah Abdul Rahim sebelum sesi tazkirah oleh Pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Tambun, Ustazah Zaidah Mohd Radzi.
 
Ketua Muslimat PAS Tambun, Yusmaliza Yusoff dalam ucapannya mengharapkan agar program yang dijalankan bersama sebegini dapat menzahirkan keikhlasan kedua-dua organisasi dalam menyahut agenda perpaduan ummah.
 
Turut hadir adalah Pengerusi Surau al-Ma’ruf, Abdul Kadir Arshad sebelum majlis diakhiri dengan sesi salam jamai’e dan penyampaian cenderamata yang berbentuk bunga telur, kain telekung dan pulut kuning beserta rendang. – HARAKAHDAILY 24/5/2019
IMG 20190524 WA0029
 
IMG 20190524 WA0033
 
IMG 20190524 WA0034
 
 
Advertisement