Maafkan kesilapan rakan kita

KOTA BHARU: Semangat perpaduan ummah yang mewarnai politik era Malaysia Baharu dimantapkan lagi dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Advertisement

Hari ini Setiausaha Agung Umno Tan Sri Anuar Musa, Ketua Pemuda Umno Malaysia Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor antara pimpinan Umno yang menghadiri rumah terbuka PAS.

Baru-baru ini rumah terbuka Annuar yang juga anggota parlimen Ketereh turut dihadiri pemimpin PAS termasuk Adun Melor Dr Md Yusnan Yusof.

Sambutan hari terbuka PAS Kelantan tahun ini diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) sempena konvensyen parti itu pada sebelah pagi.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Agung Dato’ Takiyuddin Hassan dan pimpinan peringkat negeri dan kawasan.

Lebih 3,000 orang memenuhi perkarangan Putik bagi mengunjungi tumah terbuka PAS Kelantan.

Majlis berkenaan bermula jam 12.10 tengahari dan orang ramai mulai menjamah makanan jam 12.30 tengahari.

Ustaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, program itu mencatat sejarah baharu apabila disertai pemimpin Umno Kelantan.

“Ia secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan ukhuwah antara satu sama lain.

“Wasiat baginda Rasulullah SAW yang berpesan supaya kita bermaaf-maafkan dan memaafkan kesilapan rakan-rakan kita,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/6/2019

Konv