Pahit maun lama masih lagi membekas

KUANTAN: Perwakilan dari Terengganu, Sulaiman Sulong membangkitkan siapa yang akan memimpin perpaduan yang dicanangkan sekarang.

Advertisement

Tegasnya, Islam mesti memimpin dan bukannya dipimpin.

“Kita perlu bersatu di bawah panji-panji Islam dengan menegaskan Islam mesti memimpin,” ujanya yang juga Adun Pengkalan Berangan, Marang.

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang bertema ‘Islam Memimpin Perpaduan’ di Stadium Tertutup SUKPA, di sini hari ini.

“Kita pernah bersama dengan Umno dan pernah merasai betapa perit diceraikan. Kita pernah bersama dengan Semangat 46, PKR dan DAP namun kita dipaksa keluar meninggalkan persefahaman tersebut.

“Segala pahit maun masih membekas dan meninggalkan kesan namun kebijaksanaan pimpinan amat diharapkan bagi mengubat duka lama.

“Hari ini demi Islam kita cuba dan terus mencuba memimpin perpaduan ini bagi membina perpaduan dengan Umno, parti politik lain dan NGO,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/6/2019