Ziarah penduduk Dun Balakong dan Dun Sg Ramal

BANGI: PAS Cawangan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bangi meneruskan rutin Misi Ziarah Rakyat di Pangsapuri Suakasih, di sini semalam.
 
Misi yang turut dijayakan Lajnah Kebajikan Dun Balakong menerusi program “Anda Di Hati Kami” (ADHK) itu merupakan inisiatif untuk meringankan beban golongan memerlukan.
 
Dipimpin Bendahari PAS Bangi, Fadzilah Sahimi Jusoh, rombongan telah menziarahi warga emas, orang sakit, ibu tunggal dan keluarga kehilangan suami atau isteri.
 
Delegasi juga mengambil maklum dan prihatin terhadap nasib menimpa kalangan penduduk yang baru kehilangan kerja akibat masalah ekonomi di mana mereka turut dikunjungi.
 
Sumbangan berupa wang dan barang keperluan harian seperti beras, gula dan tepung telah disampaikan sempena ziarah itu yang merupakan sumbangan dari kutipan bulanan Dewan Muslimat PAS Bangi.
 
Sementara itu program sama turut dijayakan PAS Cawangan Seksyen 1/7 yang menziarahi ibu-ibu tunggal dan menyampaikan sumbangan di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, di sini semalam.
 
Kunjungan pihak PAS ini juga memberi perhatian kepada masalah kebajikan ibu tunggal meliputi infrastruktur rumah yang perlu dilakukan pembaikan pada kadar segera.
 
Program ini telah dipimpin Ketua PAS Seksyen 1/7, Kamaruddin Yusof dan Pengarah JPrD Dun Sungai Ramal, Muhammad Afiq Mhd Khazar bersama wakil Lajnah Kebajikan PAS Bangi. – HARAKAHDAILY 29/7/2019
IMG 20190729 WA0071
 
IMG 20190729 WA0070
 
IMG 20190729 WA0069
Advertisement