AMAL bantu penduduk Putrajaya atasi denggi

PUTRAJAYA: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Putrajaya telah turut sama bergotong-royong dalam usaha membantu penduduk mencegah denggi yang semakin menjadi-jadi di Apartment Pudina P17, di sini semalam.
 
Inisiatif ini diatur bersama komuniti setempat bagi mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di persekitaran ini memandangkan jumlah kes yang amat tinggi termasuk satu kematian.
 
Antara kawasan tumpuan adalah perparitan dan longkang, juga taman permainan kanak-kanak dan rekreasi awam, selain persekitaran yang menjadi tumpuan orang ramai.
 
Bersama dalam usaha itu adalah agensi kerajaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan dan Perbadanan Putrajaya, sekali gus sebagai sokongan kepada para penduduk.
 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Zulfikar Abd Kasim dan Komandan AMAL Putrajaya, Anas Asyura turut hadir melancarkan operasi bagi pihak PAS selain beriringan bersama penduduk. – HARAKAHDAILY 5/8/019
IMG 20190805 WA0088
Advertisement