Kaum lain tidak terabai pasca Muafakat Nasional

PASIR GUDANG:  Penyatuan Ummah antara PAS dan Umno membuktikan bahawa ianya bukan agenda perkauman apabila masyarakat bukan Melayu tetap terus disantuni hal ehwal mereka.

Advertisement

Malah, agenda Muafakat Nasional dimeterai terus dipraktikkan Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO (LPN/HNGO) PAS Kawasan Pasir Gudang yang menyampaikan sumbangan kepada kaum India.

Sifat nasional itu bahkan dizahirkan Pengerusi LPN/HNGO PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah apabila turun bersama pimpinan masyarakat India menemui kaum tersebut di Permas Jaya.

Antara bersama adalah Ketua dan Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS, Narendaran Rajamanikam dan Mutumary Nogaraju, serta Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang, Sabapathy Ramasamy.

Turut serta pada ziarah rumah ke rumah 15 keluarga India itu adalah Ketua LPN Muslimat PAS Negeri Johor, Roslita Rohani dan Timbalan Ketua MIC Pasir Gudang, R Vijayan serta Ketua MIC Bandar Baru Permas Jaya, Manokaran Govindasamy. – HARAKAHDAILY 26/9/2019 

 

 

IMG 20190926 WA0023

IMG 20190926 WA0024

IMG 20190926 WA0025

IMG 20190926 WA0026

IMG 20190926 WA0028

IMG 20190926 WA0029