Raja Muda Perlis ziarah Pesuruhjaya PAS

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli menziarahi Adun Sanglang yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Advertisement

Baginda tiba tengah hari tadi memasuki wad CCU di hospital berkenaan. Raja Muda turut bertanya khabar anak kedua Adun Sanglang Mohd Syafiq.

Difahamkan Pesuruhjaya PAS Perlis itu akan dipindahkan ke Hospital Besar Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Sekarang beliau masih diletakkan di bawah pemantauan rapi doktor dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawatnya.

Mohd Shukri rebah ketika menyampaikan ceramah di Dewan 2020 Kangar pada malam Ahad lepas. – HARAKAHDAILY 1/10/2019