PKR pecat Azmin, Zuraida

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dipecat daripada parti PKR.

Advertisement

Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung Keadilan, Dato’ Seri Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR selepas mesyuarat tergempar PKR di Ibupejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Mohamed Azmin dan Zuraida boleh mengikut prosedur biasa dengan membuat rayuan.

Surat pemecatan akan menyusul tidak lama lagi, kata Saifuddin.- HARAKAHDAILY 24/2/2020