Ultra kiasu tidak pernah redakan sikapnya

ULTRA kiasu memang ultra kiasu. Konon menjulang demokrasi tetapi apabila ada Cina Belum-Muslim seperti Joseph Wong yang menyokong usaha sekolah wawasan dan meminta dihapuskan sekolah Vernakular, mereka menggila seperti orang hilang akal!

Mereka mengutuk Joseph Wong, mereka menghinanya dan menghina keluarganya. Malahan mereka menghubungi kawan dan ahli keluarganya serta memerli mereka. Ini salah satu pautan ultra kiasu ini:- https://www.facebook.com/groups/klbws/permalink/2670651646439555/ selain dari media berbahasa Cina seperti China Press juga turut menjadikannya sebagai berita buat mereka!

Hinaan mereka menyebabkan Joseph Wong telah memadamkan akaun Facebook kerana tertekan! Ultra kiasu tidak mengaku ultra kiasu. Nak menuduh orang lain kurang kecinaan sedangkan mereka sendiri dah kebaratan dan kurang kecinaan tetapi menuduh Cina Muslim seperti saya kurang Cina dan menyindir Cina Belum-Muslim seperti Joseph Wong bukan Cina.

Advertisement

Mereka juga menyuruh Joseph Wong masuk Islam jangan jadi Cina-lah kalau tak suka sekolah Vernakular. Kenyataan ultra kiasu ini membuktikan mereka memang ultra kiasu. InsyaAllah, saya Firdaus Wong akan menyahut cabaran anda menyuruh Joseph Wong masuk Islam. Saya secara peribadi akan berhubung dengan Joseph Wong dan memberikan sokongan dan mengajaknya memeluk Islam.

Para ultra kiasu jangan risau, we are coming to your family too to invite them to become Muslim. We will be coming to your children and grandchildren. Kami akan buat lebih banyak artikel dan video berbahasa Cina untuk mengajak mereka yang cerdik serta sanggup berfikir untuk memeluk Islam. Jangan sekadar takut jawi tetapi takutlah YouTube dan Facebook serta Instagram kerana kami akan berdakwah mereka di ruangan itu. We are coming!

Hanya dengan memeluk Islam mampu mengubah pemikiran ultra kiasu dan menjadikan Cina kategori ultra kiasu lebih patriotik dan kurang sikap Komunisnya.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 5/3/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.