Singgah Sahur ARC hargai ‘frontliners

BUKIT MERTAJAM:  Sebagai menghargai pengorbanan barisan hadapan negara dalam menangani wabak COVID-19, kelab permotoran Alternative Riding Club (ARC) telah menganjurkan program Singgah Sahur awal pagi semalam.

Advertisement

Aktiviti ARC Bukit Mertajam ini turut disertai Pengarah ARC Negeri Pulau Pinang, Shahidan Saad dalam menzahirkan kebanggaan dan bagi menghargai jasa ‘frontliners’ membantu keselamatan rakyat Malaysia amnya.

Beliau berharap dengan adanya program sebegini, ianya dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara kakitangan awam dan kelab permotoran yang menitipberatkan agenda kebajikan.

Program kali tertumpu di Balai Polis Penanti, Ibu Pejabat Polis Tengah, Ibu Pejabat Polis Utara, Bomba Bukit Mertajam, Bomba Penanti, Bomba Perda, Balai Bomba Kepada Batas, Hospital Bukit Mertajam dan Kepala Batas serta Jabatan Pertahanan Awam.

ARC jugak sempat singgah di sekatan Jalan Raya Bukit Mertajam-Kulim dan sempadan Tasek Gelugor-Lunas menyerahkan sumbangan juadah sahur kepada anggota bertugas. – HARAKAHDAILY 18/5/2020