COVID-19: 51 sembuh, 19 kes baharu

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan hari ini seramai 51 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih daripada jangkitan itu sehingga kini seramai 6,610 orang.

Advertisement

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 19 kes baru dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 8,266 kes.

Daripada jumlah kes yang dilaporkan sebanyak 7 kes adalah kes import, ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 12 kes.

“Daripada jumlah itu, sehingga kini seramai 6 kes, pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dari jumlah tersebut sebanyak 1 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan terdapat 1 kes kematian yang dilaporkan melibatkan Covid-19, menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 116 kes iaitu persamaan 1.4 peratus.- HARAKAHDAILY 5/6/2020