Survival air: Nak ‘atoq’ rumah tangga orang?

MENGOMEN oleh seorang kepala sebuah syarikat akan isu cadangan kerajaan baru jiran Pulau Mutiara mengenai solusi isu balak. Pukul gendang, mencanang begitu begini… kata tujahannya… takut naya rakyat Pulau Pinang, negeri jiran merangkap tuan empunya tadahan dan negeri jirannya Perlis akhir Semenanjung belah Utara nuu!

Duk kira rumah tangga orang sampai tak tahu punca. Ibarat “tungau kecil seberang sana ditengok tetapi gajah besar selambak depan mata tak nampak”. Bimbang mengenai kesan bakal menimpa Empangan Ulu Muda akan mara bahaya bakal tiba, hilang habis la flora dan fauna. Prihatinnya nana! Akan rumah tangga jiran di sana. Di sini nana lupa ke nak jengok, apa gerangan punca air perlahan tak ada… Koi slow! Meleleh. Awat air Titi Kerawang tak jenuh serupa dulu, air kebun bunga tak sederas dulu? Bukankah angkara tarah atas Bukit Bendera yang kononnya dikata nak bikin projek kasino. Walaupun stop sat pasal dana, tetapi… Dah tarah tanahnya.

Advertisement

Dari Jambatan Pulau Pinang cubalah langut tengok, tak payah teropong… nampak terus kesan-kesan tarahannya tang mana ada bukit cuba jengok kesan-kesan yang tak sikit… berlambak-lambak, awat tak dak bunyi kecekkannya akan flora dan fauna dan musibah bakal menimpa.

Paling kurang, dengar dulu cadangan mamanda besar Kedah itu… Suruh pembalak-pembalak yang terlibat pergi tanda kawasan balak luar daripada jajahan. Empangan Muda yang boleh membalak dan halal statusnya. Depa dah bayar premium, dulu sebelum jadi ia akan jawatan mamanda hanya ketua wakil rakyat tamada, ada memorandum yang diberikan kepadanya menuntut ganti rugi akan mantan mamanda kerajaan dahulu itu la…

Kita mahu ingat, air hat kita duk guna 80 peratus itu… ambil dari Empangan Muda, negeri mamanda. Nanti nak tambah pula ambilannya bila projek di Bertam dilaksana. Tak sikit itu… Lebih kurang 10,000 unit rumah bakal dibina.

Kira-kira 50,000 orang ditarget untuk diletak di sana. Berapa MLD (Million Litres per Day) pula untuk supply ke sana. Berapa bayar satu liter selama ini? Hanya nak tanya berkira guna apa? Budi bicara atau pakai bergaya mengada… Tudia!

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 16/6/2020