Kenaf Untuk Rakyat satu inisiatif LKTN

LAWATAN turun padang mendekati kumpulan sasar industri kenaf di sekitar Negeri Kelantan.

Lawatan turun padang pertama kali setelah diamanahkan sebagai Pengerusi LKTN ini dimulai dengan lawatan ke projek Kenaf Untuk Rakyat di kampung Teluk Kota Bharu.

Kenaf Untuk Rakyat atau KUR merupakan program yang diperkenalkan oleh LKTN bagi memperluaskan aktiviti serta menambah pendapatan rakyat melalui industri kenaf.

Advertisement

KUR memfokuskan kepada kumpulan sasar yang tidak mempunyai tanah untuk penanaman tetapi berkeupayaan untuk memproses batang kenaf bagi menghasilkan fiber premium.

Turut menyantuni penanam-penanam kenaf melalui program Bicara Kenaf di Kg. Bukit Awang Pasir Puteh serta menyampaikan baucar Bantuan Prihatin Kenaf peringkat Negeri Kelantan kepada penanam-penanam kenaf di kawasan berkenaan.

Kerajaan melalui LKTN telah memperuntukkan Bantuan Prihatin Kenaf dalam bentuk input pertanian pada kadar RM500 bagi setiap hektar tanaman yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) – HARAKAHDAILY 3/7/2020