FACE fokus pengukuhan institusi keluarga

SYUKUR. Beberapa hari lepas Kak Lah meneruskan Lawatan Kerja ke Komuniti FACE di Kg. Rancangan Klias, Beaufort, Sabah.

FACE atau Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti adalah satu program pembangunan keluarga sejahtera dengan cara memperkasa keluarga dan komuniti yang diperkenalkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Advertisement

Melalui program FACE, LPPKN telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program yang memberi fokus kepada pengukuhan institusi keluarga dan komuniti iaitu projek pembangunan model pengukuhan keluarga dan komuniti (FACE: Family and Community Empowerment). Ini adalah hasil dari keputusan Majlis Sosial Negara pada 3 Mac 2015 yang mahukan satu hala tuju bagi program pembangunan keluarga di Malaysia.

Melalui FACE, barisan Fasilitator Keluarga (FK) kalangan komuniti turut dilantik sebagai ejen penggerak bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh LPPKN mahupun rakan strategik yang lain.

Tahniah LPPKN, salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atas usaha kalian.

YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 6/7/2020